SONG

PERISTIWA BUKIT CHANDU

Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.

KANANG ANAK LANGKAU


Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.
Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.


KEJADIAN SUNGAI SEMUR


Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac, 1950, Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 Melayu diserang hendap oleh sekumpulan Pengganas Komunis dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.
Ekoran serangan tersebut, anggota Platun dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas. Ketua Platun Leftenan Hassan Mohd. Yassin terkorban. Koperal
Jamaludin Mohamad mengambil alih pimpinan platun. Beliau mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah musuh, tetapi tembakan itu tidak terhasil kerana banyak pohon buluh yang menutupi kawasan itu. Selepas melepaskan dua butir bom mortar, anggota seksyen mortar itu terbunuh.
Semasa pertempuran, beberapa pengganas menghampiri anggota platun yang terbunuh dan tercedera kerana mahu mengambil senjata tetapi cubaan mereka dipatahkan. Prebet Abdul Wahab Hamid pula menembak mati 4 orang musuh cuba menghampiri
platun tersebut dari arah belakang. Selepas empat jam, 12 Platun terkepung dan hampir kehabisan peluru.
Apabbila diminta menyerah diri, Korperal Jamaluddin menjawab, “Kami bukan pengecut, kami askar, kami tidak akan serah diri”
Tawanan
Mereka kemudiannya ditawan dan dibawa ke kem musuh dan dipaksa menyerahkan peralatan mereka. Mereka juga diberi amaran supaya berhenti menentang
Komunis. Selepas dua jam, pihak musuh membuat keputusan melepaskan mereka. Jamaluddin dan anggotanya dihantar pihak musuh ke arah Pengkalan Pulai sebelum ditinggal separuh jalan.
Kumpulan yang keluar terdiri daripada Korperal Jamaluddin, Prebet Salleh Nahu, Prebet Zamzuri Itam Sudin, Prebet Nordin Md. Isa, Prebet Hussin Mamat, Lans Koperal Mohamad Othman, Prebet Ahmad Mat Jam, Prebet Ahmad Mat Jam dan Prebet Mohd. Shariff Manaf. Prebet Osman Yaacob meninggal dunia tidak lama selepas mereka tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam.
Dua orang anggota 12
Platun, Prebet Abdul Wahab dan Prebet Rashid Hassan yang cedera parah terpaksa ditinggalkan di tempat pertempuran bersama mayat 14 anggota tentera yang terkorban. Pada pukul 10 pagi, 27 Mac 1950, barulah 11 Platun dan pasukan Jungle Squad Gua Musang tiba untuk menyelamatkan mereka.
Terkorban
Dalam serang hendap di
Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 Melayu terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan.
Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat juangn yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang pengganas
komunis. Mayat mereka dijumpai terkubur oleh 11 Platun 3 Melayu.
Korperal Jamaluddin dianugerahkan Distinguished Conduct Medal (DCM) dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan manakala Lans Koperal Mohamad Othman dan Prebet Abdul Wahab dianugerahkan Military Medal (MM).
Jasad mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Perkuburan Askar Melayu di
Port Dickson walaupun pada awalnya mereka telah dikebumikan di Kampung Pulai, Gua Musang.
Wira Yang Gugur
· Leftenan Hassan B Haji Yassin
· Prebet Lebai Yassin
· Lans Koperal Mohamad

Wednesday, July 16, 2008

kehausan di hamparan dunia...


Apakah yang dikejar dalam hidupmu..berkali ku kata padamu kita hanya singgah di sempadan dunia yang tanpa semangat jiwa yg kosong ibarat musafir yg kehausan air..begitu juga kita sebagai seorang waris tanah air yg berdaulat..erti mencintai tanah air perlu bagi mendaulatkan bumi tanah air kita..bangkitlah wahai anak bangsaku....///..

15 comments:

Asyraf said...

perangai ko mcm sial...
hahaha...celaka punya jantan.

azy said...
This comment has been removed by the author.
emielya said...

ish ko ni.......xbis gn pstd..smpai xtau nk komen pe cz aku bknye tau pun psl pstd...ermmm k la daa.......

azy said...

huhu..peh semangat sey...caiyok!!! tergezut aku..hehe k papehal truskan smngat tu....;)

BENET BERDARAH said...

nk kenallllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
SORYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

MOHD ZAMRI BIN ABDILLAH said...

kenapa back ground kosong jer...
kalau dah minat askar...cari lah background askar...biar nampak gempak skit...baru brutal...

Afiq said...

asyik nak membunuh je keje kau...

ummu said...

muke macam bagus....asal nak tayang muke plak???hr tu kate tak nak ish..ish..PENIPU!!!!

zulhadi said...

wahai satria yang gagah berani, anda fikir saya takut ke saya pun ade jugak iaitu semangat kesukanan..hehehe.. nice blog, keep it on..

MisS F.... @ FiTRiyANi said...

nice blog semangat satria...keep up ur gud work!!

Unknown said...

ayt byk bemadah2...pape pn,blog look simple but nice...

rain said...

Blog ko ok

spyrezza said...

tembak la diri sendiri...

Afiq said...

salam... nice blog... cume perlu tambah posting... semangat patriotik kau mmg tinggi.... SOLDADU!!!

Asyraf said...

blog anda ok...cuma tmbhkn skit kpd benda2 yg umum cthnya yg berkaitan dgn perkembangan semasa,tq :-p

PENDEKAR PT-91M

PENDEKAR PT-91M

SCORPION 90

SCORPION 90

AIR MATA SATRIA

My photo
Darah yang mengalir ke bumi stu ketika dulu harus menjadi azimat dalam diri untuk menjadi pembakar semangat dalam diri anak watan.....BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA

lagu askar wataniah